SIPITANG: Bekas ketua penerangan Parti Warisan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob memberi bayangan dirinya bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, beliau belum menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan Warisan awal Oktober tahun lalu.
"Saya mengikuti perkembangan dan saya lihat, politik negara ini akan berubah. Landskapnya akan berubah sama sekali di masa akan datang.
"Dan kita lihat, di Semenanjung dan di Sabah, ada keperluan untuk bersatu membela nasib rakyat Sabah, dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sipitang.
Sementara itu, Yusof memaklumkan, dia tidak pernah melobi untuk menjadi calon termasuk sewaktu pilihan raya terdahulu.
"Kalau ada pun, diangkat oleh parti. Tetapi, kita tidak ada perbuatan peribadi. Tiada KPI. Kalau kita tidak buat kerja, rakyat benci kita, macam mana kita mahu menang?
"Sebab itu, penting bagi saya, selalu mahu mengutamakan rakyat. Saya tidak pernah minta, tetapi kita serah kepada rakyat sama ada mereka mahu atau tidak.
"Memang ia keputusan mutlak parti. Parti pun melihat the winnable candidate. Masa ini tidak boleh main tangkap muat. Jadi, faktor winnable candidate itu penting," tambahnya.
Yusof pada Oktober 2021 mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Katanya, tindakan itu diambil kerana mahu membantu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di kawasan DUN Sindumin dan daerah Sipitang, selain membawa pembangunan ke kawasan itu.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Apr 21 2022
YUSOF: Di Semenanjung dan di Sabah, ada keperluan untuk bersatu membela nasib rakyat Sabah dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Thailand sambut lebih 3,000 perwakilan untuk Kongres FIFA ke-74
Thailand pada Isnin menyambut lebih 3,000 perwakilan dari persatuan anggota Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menghadiri Kongres FIFA ke-74 di Bangkok dari 13 hingga 17 Mei.
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Senarai hitam pemimpin bersalah kes rasuah bertanding pilihan raya
Penguatkuasaan larangan itu bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih nanti dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.
PRU15: Mohd Shafie masih berteka-teki pertahan Parlimen Semporna
Beliau berkata masih banyak pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan.
PRU15: Khairy sahkan tidak bertanding di Rembau, beri laluan kepada Tok Mat
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Yusof Yacob beri bayangan mungkin bertanding PRU15
Beliau belum menyertai mana-mana parti politik selepas keluar dari Parti Warisan pada awal Oktober tahun lalu.